Facebook Twitter Story Free page

Runningman Lover
About Links Stuff Diary

11.5.13 | 10:26 am | 14 Element(s)

Wahai Cikgu Shofian Saya telah pun meyiapkan kerja karangan yg disuruh oleh Cikgu yang bertajuk 'Negaraku' 

  
      Nama negaraku ialah Malaysia . Negaraku mempunyai 28 juta penduduk dan terdiri daripada  berbilang kaum , bangsa mahupun agama . Sebagai contoh Melayu , Cina , India dan  pelancong asing .  Lantaran itu penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai . Negaraku Malaysia adalah bertuah kerana tempat kita berada di Garisan Khatulistiwa . Kita patut bersyukur kerana tempat yang kita duduki jarang berlakunya  tsunami , taufan , gempa bumi dan tiada gunung berapi .

     
     Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah Negara apabila pada tarikh  itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila bendera Union Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya  bendera Malaysia berkibar  serta lagu Negaraku berkumandang . Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita . Bertitik tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun .


    Selain itu , penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai . Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita . Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap tolong menolong ibarat ‘aur dengan tebing’ tanpa membezakan warna kulit . Sebagai contoh semasa bencana Tsunami , rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia .



  Pepatah Melayu pernah berkata “tak kenal maka tak suka” justeru, pada tahun 2007 Malaysia telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia . Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia . Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya . Disamping itu , banyak destinasi pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi , Perak yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri , Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron, Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lain-lain lagi. Setiap tempat pelancongan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Inilah kelebihan Malaysia Negaraku Malaysia .


Akhir sekali , nama Malaysia terus meniti di bibir pelancong asing kerana negaraku yang berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah . Rakyat Malaysia juga tidak jemu dengan senyuman . Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi amalan rakyat di Negara ini . Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negara-negara  luar.
 Sebelum menutup karangan ini , izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:

                        Pulau Tioman Pulau Pangkor ,
                         Tak lupa juga Tasik Pedu ;
                        Indah permai aman  makmur ,
                          Tempat itu adalah Negaraku .


~ 당신은 모든 글은 이해하지 못할 수도 있습니다 때마다이 ~ 






                














WELCOME



Assalamualaikum , I from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, I have 12 mother . My birth date 14/666/3030 . I just want to say behave with me because I have 2pair screw driver as my hand . Bhaha..Paboyaa -_-'

List




BANNER


*Copy And Paste it into your blog ok? If you want :)
BIG FOOT



Credits


Template by : YupDiela
Others : A C E
Edit by : Fara