Facebook Twitter Story Free page

Runningman Lover
About Links Stuff Diary

30.5.13 | 3:57 am | 9 Element(s)
    Annyeounghaseyo ! Cuti 2 minggu ni mesti ade 'Manh-eun sugje' karn ? Ha ! nie la 'Manh-eun sugje'  yang diberikan oleh cikgu BM iaitu Cikgu ShofiyanGet ready  Lets Read



Lot 858,Kampung Tuk Bagus,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur .

_________________________________________________________________________________

Pejabat Wakil Rakyat,
20, Jalan Ceramai,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur .                                                                                           15 JUN 2012

Yang Berhormat,

Undangan Untuk Merasmikan Gelanggang Silat

Saya mewakili penduduk Kampung Tuk Bagus, ingin mengundang Yang Berhormat untuk merasmikan gelangggang silat di kampung kami pada 6 Julai 2012 .

2.  Gelanggang tersebut dibina oleh penduduk kampung untuk aktiviti kesenian . Selain itu, gelanggang tersebut diharap dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kampung berlatih silat . Dengan adanya gelanggang tersebut dapatlah golongan muda memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang sihat .


3.   Selain itu , aktiviti ini dapat menyemai minat golongan remaja terhadap seni silat yang semakin dilupakan . Seorang guru seni silat kepada mereka yang berminat . 


4.   Kami berharap agar Yang Berhormat dapat memberikan jawapan secepat mungkin . Hal ini supaya kami  dapat melakukan persediaan rapi  untuk majlis tersebut .


Segala kerjasam daripada Pihak Yang Berhormat kami dahului dengan ucapan terima kasih .


Yang Benar ,
FaraH
(NUR FARAHANUM BT. NAZRI)
Wakil penduduk Kampung Tuk Bagus .



29.5.13 | 7:37 am | 0 Element(s)
  Yang ni ke-2
Bilik 333 , Asrama Puteri ,   
Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim ,
82000 Johor Bahru ,

7 Oktober 2012

           Ke hadapan kakanda Ain yang dirindui , semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga .

Kakanda ,
             Selamat kembali ke tanah air . Adinda bersyukur kerana kakanda telah tiba dengan selamat . Berita kepulangan kakanda telah adinda ketahui sejak minggu lepas lagi .

             Adinda meminta maaf kerana tidak dapat bersama-sama ahli keluarga yang lain untuk menyambut kepulangan kakanda . Adinda berasa amt rindu untuk bertemu kakanda . Tetapi apalah daya adinda kerana adinda sedang menghadapi  peperiksaan akhir tahun pada ketika ini . Peperiksaan ini sangat penting bagi adinda . Adinda ingin mengikut jejak kakanda pada suatu hari nanti . 


            Bolehkah kakanda menceritakan pengalaman kakanda semasa belajar di luar negeri kepada adinda ? Adinda ingin mengetahui cara-cara kakanda menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru di negara asing . Adakah kakanda membawa cenderamata untuk adinda ?

             Adinda bejanji akan segera pulang sebaik saja peperiksaan tamat . Rasanya tidak sabar adinda ingin berjumpa dengan kakanda .

             Adinda berharap agar kakanda mendoakan kejayaan adinda dalam peperiksaan ini . Sampaikan salam rindu adinda buat ahli keluarga yang lain . Sekian , terima kasih .


 Yang benar ,
FaraH


| 7:05 am | 0 Element(s)
Syarahan nie da siap hantar kat Cikgu ! Hehe ~ saje2 na letak kat blog sebagai bukti yang saya dah siap ! Sekiranya ada perkataan yang ditambah atau ditolak ,  Seonsaengnim, mian haeyo 


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Nurain , Yang dihormati cikgu Shofiyan , guru Bahasa Melayu serta rakan seperjuangan yang saya kasihi .

Hadirin yang dihargai ,
                Di sini saya akan membicarakan syarahan yang bertajuk 'Kepentingan rakan dalam hidup kita' . Rakan , teman , kawan , sahabat membawa maksud yang sama . Definisi rakan adalah peneman hidup tatkala kita senang mahupun susah .
                Rakan adalah tempat mengadu , teman belajar , tempat meminta pertolongan dan juga sumber motivasi yang baik . Rakan tidak mengira warna kulit , berlainan jantina , kaum , bangsa mahupun agama . Rakan juga boleh dianggap seperti keluarga kandung kita . Namun ,  kita perlu berhati-hati ketika memilih rakan kerana rakan adalah penghasut kita sama ada ke arah positif mahupun negatif . Hal ini perlulah diteliti agar tidak merugikan diri sendiri .

Hadirin dan hadirat yang dihargai ,
                  Perbuatan seperti 'kera sumbang' pemikirannya akan tersempit seperti 'katak di bawah tempurung'. Orang seperti ini perlu bergaul dengan rakan-rakan yang lain . Melalui pergaulan , mereka dapat bertukar-tukar fikiran . Pergaulan yang sihat dapat membatu mereka dalam proses pembelajaran . Inilah antara kepentingan rakan dalam hidup kita .

Hadirin yang dikasihi ,
                 Sebagai kesimpulan , terdapat beberapa faedah mendapatkan seberapa banyak rakan yang baik dan bersikap positif . Pada pendapat saya , rakan yang baik ialah rakan yang dapat membantu dan bersama kita tatkala senang mahupun susah . Dalam banyak hal atau perkara , rakan bayak mempengaruhi tindakan kita . Kita mestilah memilih rakan yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian .


               Sebelum saya mengundur diri , saya ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa . Tamatlah sudah untuk saya berucap pada hari yang mulia ini . Sekian terima kasih . :)

  이것은 나의 가장 친한 친구 사진입니다







11.5.13 | 10:26 am | 14 Element(s)

Wahai Cikgu Shofian Saya telah pun meyiapkan kerja karangan yg disuruh oleh Cikgu yang bertajuk 'Negaraku' 

  
      Nama negaraku ialah Malaysia . Negaraku mempunyai 28 juta penduduk dan terdiri daripada  berbilang kaum , bangsa mahupun agama . Sebagai contoh Melayu , Cina , India dan  pelancong asing .  Lantaran itu penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai . Negaraku Malaysia adalah bertuah kerana tempat kita berada di Garisan Khatulistiwa . Kita patut bersyukur kerana tempat yang kita duduki jarang berlakunya  tsunami , taufan , gempa bumi dan tiada gunung berapi .

     
     Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah Negara apabila pada tarikh  itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila bendera Union Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya  bendera Malaysia berkibar  serta lagu Negaraku berkumandang . Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita . Bertitik tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun .


    Selain itu , penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai . Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita . Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap tolong menolong ibarat ‘aur dengan tebing’ tanpa membezakan warna kulit . Sebagai contoh semasa bencana Tsunami , rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia .



  Pepatah Melayu pernah berkata “tak kenal maka tak suka” justeru, pada tahun 2007 Malaysia telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia . Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia . Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya . Disamping itu , banyak destinasi pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi , Perak yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri , Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron, Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lain-lain lagi. Setiap tempat pelancongan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Inilah kelebihan Malaysia Negaraku Malaysia .


Akhir sekali , nama Malaysia terus meniti di bibir pelancong asing kerana negaraku yang berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah . Rakyat Malaysia juga tidak jemu dengan senyuman . Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi amalan rakyat di Negara ini . Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negara-negara  luar.
 Sebelum menutup karangan ini , izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:

                        Pulau Tioman Pulau Pangkor ,
                         Tak lupa juga Tasik Pedu ;
                        Indah permai aman  makmur ,
                          Tempat itu adalah Negaraku .


~ 당신은 모든 글은 이해하지 못할 수도 있습니다 때마다이 ~ 






                














WELCOME



Assalamualaikum , I from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, I have 12 mother . My birth date 14/666/3030 . I just want to say behave with me because I have 2pair screw driver as my hand . Bhaha..Paboyaa -_-'

List




BANNER


*Copy And Paste it into your blog ok? If you want :)
BIG FOOT



Credits


Template by : YupDiela
Others : A C E
Edit by : Fara