29.5.13 | 7:05 am | 0 Element(s)
Syarahan nie da siap hantar kat Cikgu ! Hehe ~ saje2 na letak kat blog sebagai bukti yang saya dah siap ! Sekiranya ada perkataan yang ditambah atau ditolak , Seonsaengnim, mian haeyo
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Nurain , Yang dihormati cikgu Shofiyan , guru Bahasa Melayu serta rakan seperjuangan yang saya kasihi .
Hadirin yang dihargai ,
Di sini saya akan membicarakan syarahan yang bertajuk 'Kepentingan rakan dalam hidup kita' . Rakan , teman , kawan , sahabat membawa maksud yang sama . Definisi rakan adalah peneman hidup tatkala kita senang mahupun susah .
Rakan adalah tempat mengadu , teman belajar , tempat meminta pertolongan dan juga sumber motivasi yang baik . Rakan tidak mengira warna kulit , berlainan jantina , kaum , bangsa mahupun agama . Rakan juga boleh dianggap seperti keluarga kandung kita . Namun , kita perlu berhati-hati ketika memilih rakan kerana rakan adalah penghasut kita sama ada ke arah positif mahupun negatif . Hal ini perlulah diteliti agar tidak merugikan diri sendiri .
Hadirin dan hadirat yang dihargai ,
Perbuatan seperti 'kera sumbang' pemikirannya akan tersempit seperti 'katak di bawah tempurung'. Orang seperti ini perlu bergaul dengan rakan-rakan yang lain . Melalui pergaulan , mereka dapat bertukar-tukar fikiran . Pergaulan yang sihat dapat membatu mereka dalam proses pembelajaran . Inilah antara kepentingan rakan dalam hidup kita .
Hadirin yang dikasihi ,
Sebagai kesimpulan , terdapat beberapa faedah mendapatkan seberapa banyak rakan yang baik dan bersikap positif . Pada pendapat saya , rakan yang baik ialah rakan yang dapat membantu dan bersama kita tatkala senang mahupun susah . Dalam banyak hal atau perkara , rakan bayak mempengaruhi tindakan kita . Kita mestilah memilih rakan yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian .
Sebelum saya mengundur diri , saya ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa . Tamatlah sudah untuk saya berucap pada hari yang mulia ini . Sekian terima kasih . :)