29.5.13 | 7:37 am | 0 Element(s)
Bilik 333 , Asrama Puteri ,
Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim ,
82000 Johor Bahru ,
7 Oktober 2012
Ke hadapan kakanda Ain yang dirindui , semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga .
Kakanda ,
Selamat kembali ke tanah air . Adinda bersyukur kerana kakanda telah tiba dengan selamat . Berita kepulangan kakanda telah adinda ketahui sejak minggu lepas lagi .
Adinda meminta maaf kerana tidak dapat bersama-sama ahli keluarga yang lain untuk menyambut kepulangan kakanda . Adinda berasa amt rindu untuk bertemu kakanda . Tetapi apalah daya adinda kerana adinda sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun pada ketika ini . Peperiksaan ini sangat penting bagi adinda . Adinda ingin mengikut jejak kakanda pada suatu hari nanti .
Bolehkah kakanda menceritakan pengalaman kakanda semasa belajar di luar negeri kepada adinda ? Adinda ingin mengetahui cara-cara kakanda menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru di negara asing . Adakah kakanda membawa cenderamata untuk adinda ?
Adinda bejanji akan segera pulang sebaik saja peperiksaan tamat . Rasanya tidak sabar adinda ingin berjumpa dengan kakanda .
Adinda berharap agar kakanda mendoakan kejayaan adinda dalam peperiksaan ini . Sampaikan salam rindu adinda buat ahli keluarga yang lain . Sekian , terima kasih .
Yang benar ,
FaraH